Sunday, 11 November 2012

Muhasabah Diri




Dahsyatnya
INSAN YANG BERGELAR IBU




Ibu,
Doanya adalah penawar,
Juga racun berbisa
Ibaratnya tajamnya mata pisau
Yang mampu melakar
Masa depan yang gemilang
Buat anak tercinta,
Juga dapat menghancurkan
Masa depan si anak DERHAKA.



PENGUBAT HATIKU



 
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa.”
(Surah al-Baqarah : 83)


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“ Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia Dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”
(Surah an-Nisa’ : 36)


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya.”
(Surah al-Isra’ : 23)



 
KEMANISAN BERBAKTI KEPADA IBU

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
“Tidaklah seorang anak memandang wajah orang tuanya dengan penuh kasih sayang kecuali Allah memberikan ganjaran ibadah haji mabrur.”


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
“Tidak ada seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya dan memandang wajah mereka dengan penuh kasih sayang melaikan Allah menulis baginya pahala haji mabrur.’ Ibnu Abbas bertanya kepada Nabi, ‘Bagaimana sekiranya anak itu memandang wajah orang tuanya 100 kali.?’ Nabi menjawab, ‘Lebih besar pahalanya. Sesungguh Allah Maha Besar lagi Maha Pemurah.’”
(Laporan Baihaqi)



 
YANG PALING PENTING……….

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
“Keredhaan Allah itu bergantung kepada keredhaan kedua ibu bapa dan kemurkaran Allah juga bergantung pada kemungkaran ibu bapa.”







#Ya Rabb, Berkatilah Kedua-dua ibu ku ini dan berkatilah umarnya..

kepada : Asiah bt Abdul Kadir & Mak Angkat Ulu Jempol.... 



RAIMI SAIFULAH BIN MOHAMAD RAZAK - ANAK DAIF

 




No comments:

Post a Comment