Memutuskan Silaturahim
SATU DOSA BESAR
RASULULLAH saw BERSABDA:
"Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturahim."
(Riwayat al-Bukhari)
Menghubungkan silaraturahim bermaksud persaudaraan dan mengeratkan kasih sayang serta rasa persaudaraan terhadap saudara, keramat, teman dan sebagainya.
Islam mewajibkan kita menghubungkan silaratuhim. Apabila ikatan silaraturahim atau persaudaraan lemah, ia mesti dikuatkan semula. Rasulullah s.a.w. amat membenci perbuatan memutuskan persaudaraan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari."
Menghubungkan silaratihim juga bererti membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.
kadang-kadang hubungan silaraturahim menjadi longgar atau terputus apabila berlaku pertengkaran. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang Muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertengkar itu supaya berbaik-baik semula.
apabila terlibat dalam pengtekaran, seorang itu hendaklah bersabar dan berfikir dengan waras. Jika perlu meminta maaf, dia hendaklah meminta maaf. Jika perlu memaafkan orang lain pula, dia hendaklah memaafkannya. Jangan sombong dan menganggap diri sentiasa benar.
#Ukhwah fillah
No comments:
Post a Comment