Saturday, 10 November 2012

Muhasabah Diri



Keistimewaan Penuntut Ilmu



  • Menuntut Ilmu Itu Wajib
Dari Anas bin Malik r.a.katanya : Rasulullah s.a.w bersabda :
"Menuntut ilmu adalah satu kefarduan atas tiap-tiap orang Islam"
(Ibnu Majah dan Lain-lain)



  • Ilmu Mengangkat Darjat Manusia
Firman Allah s.w.t maksudnya :
"Sesungguhnya Kami masukan manusia ke neraka kebanyakan daripada jin dan manusia yang mempunyai hati tapi tidak mahu memahami dengannya dan mereka mempunyai mata tapi tidak melihat dan mereka mempunyai telinga tapi tidak mahu mendengar. Mereka itu umpama binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi."
(al-A'raf : 179)



  • Pahala Yang Berterusan
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. :
"Apabila seorang anak Adam mati, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan doa anak yang soleh"
(Muslim dan lain-lainnya)



  • Pahala Berjuang Fi Sabilillah
Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa yang keluar menuntut ilmu, maka dia berada di jalan Allah sehingga dia kembali "
(at-Tirmizi)



  • Dimuliakan Oleh Malaikat
Daripada Abu ad-Darda' r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya para malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama. kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
(at-tirmizi dan Abu Daud)



  • Nilai Tara Sama Manusia
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Kelebihan orang yang berilmu berbanding dengan seorang abid adalah seumpama kelebihan bulan purnama yang terang benderang di sisi bintang yang bergemerlapan dan cakerawala yang lain."
(Abu Daud dan at-Tirmizi)



  • Peningkatan Darjat di Akhirat
Allah s.w.t. berfirman maksudnya :
"Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat."
(al-Mujadalah : 11)



  • Jalan Ke syurga
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga."
(Muslim)



  • Ilmu Membuahkan Taqwa
Firman Allah s.w.t. maksudnya :
"Sesungguhnya orang yanag takut(taat) kepada Allah di kalangan hambaNya ialah ulama(orang yang berilmu)."
(al-Fathir : 28)



  • Warisan Para Anbiya
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"ulama itu pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barang siapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna."
(Ahmad, at-Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)



  • Kunci Kesejahteraan Dunia Akhirat
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Sesiapa yang menghendaki dunia hendaklah berilmu. sesiapa yang menghendaki akhirat, hendaklah berilmu dan sesiapa menghendaki kedua-duanya maka hendaklah berilmu."
(Muslim dan Bukhari)










Ya Allah! Hidupkanlah Hati-Hati Kami dengan Cahaya IlmuMu.

#Raimi Saifullah Mohamad Razak




No comments:

Post a Comment